Hari ni menerima jemputan kahwin seorang sedara sebelah bapa di Pasir Mas. Semacam nostalgia bila berada di situ , aku pernah menetap situ, semasa sekolah rendah, ketika iitu bapa aku berkerja di Selatan Thailand, bapa hanya balik ke Kelantan bila aku berada di darjah dua. Rumah kediaman bapak aku di Sg Golok di bedil oleh bandit yang tengit. Aku bertolak sejurus tengahari dari Pasir Puteh, semasa mengisi minyak di Stesen Shell terserempak dengan van C20, juga sedang mengisi minyak, terdapat dua bendera parti politik dipasang di kiri kanan kenderaan, pemandunya serta penumpang berwajah ganas dan bengis, seolah berada di zon perang, sebijik macan kenderaan 'pick up technical' di Lapangan Terbang Mogadishu, Somalia, waktu dulu2 atau zaman bala tentera Carthage atau Sparta yang bersiap sedia menyerang Kota Rom di waktu dahulu kala. Meluat aku tengok gelagat 'ektremis' dalam van berkenaan, aku buat2 tak nampak masa aku melimpasi mereka semasa menujuk ke kaunter bayaran. Seketika kemudian van berkenaan meluncur laju menuju zon perang yang tidak pernah diistihar. Aku mengambil jalan alternatif ke Kota Bharu sebelum melencung ke Pasir Mas, banyak sekali lokasi majlis kenduri kawin, seta juga lokasi 'Post Taktikal' parti politik yang sedang bersiap sedia menghadapi PRU13 yang tiada siapa tau bila akan berlaku. Bosan aku tengok keadaan sedemikian. Teringat perbualan aku dengan seorang muka baru 'Soldier of Fortune' sebuah parti politik. Dia berang sungguh dengan kerajaan pemerintah, kemarahanya meluap2, berapi2 serta berasap2. Aku tanya kenapa. Jawabnya, 'Kerajaan tidak adil zalim, penipu rakyat', aku tanya lagi , 'Kenapa lagu tu boss'. 'Anak saya minta IPG tak dapat, dah la kena bayar password untuk isi borang tu'. jelas orang itu lagi. 'Sorang kena baya RM6, kalu 10000 orang mohon, kerajae dah kutip RM 60 ribu, tak nnipu rakyat namanya tu', tambah soldier of fortune tu lagi. 'Aku tanya lagi, 'Kerajae pakso ke suruh mintok?'. 'Dok pakso, kerajae kae kena tolong rakyat. Saya toksir dah, Saya tak nak undi parti kerajaan lagi, cukup la'. Aku tanya lagi, 'Anak bosss dapat berapa A, straight A ke?'. agak sinisikal intonasinya. 'Takde la straight A, dapat 2 A2 je, BM dan Agama, yang lain2 B dan C, Bahasa Inggeris' dapat D, nasib baik skalonya tok ghajin luluh', jelas orang itu lagi. 'Arrrrgh', aku hampir tersedak dan tercekik dengan air liur. Dalam hati aku berkata '10 kali kerajaan bertukar pung anak demo tak dapat masuk IPG hi hi'. Melainkan kerajaan yang baru tu di terajui oleh si buta dan sipekak yang baru kebah dari demam panas akibat terkejut menang pilihanraya!. Aku rase nak tergelak lagi hi hi hi. Aku terfikir, patut le, suasana negeri aku ni macam suasana di zon perang ala medan perang zaman kerajaan Rom dulu. Pada perkiraan aku ramai lagi bermentaliti macam mamat yang aku temui itu, Orang lagu ni, upah RM10 pun, mereka sanggup berdemo dan merusuh. Hi hi
macam buah catur yang dok kat barisan hadapan sekali tu. Tapi apa2 pun negeri ini mengamalkan prinsip demokrasi, 'Government of the People by the People for the People. Jadi, hantam saje la Labu!. Hi hi aku gelak lagi...
1 hour ago

